Monday, December 27, 2010

what type of blood are u??

hello readers~~my entry for today is about blood~~do u know that the type of blood that we have can determine our characteristics~~~and guess what!!!  I've read this article and I want to share with all of u!!!!
Mine is O blood group~~and almost 80% of the characteristics shown in the article is similar with me~~~ahaksss let see~~~
the article is in malay version~~

jenis darah A

mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu atau bapa dan pasangan yang baik. Hal ini kerana kamu boleh membuat keputusan dengan bijak dan menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu tegas dalam urusan kerja dan tidak suka membuang masa. Selain menepati masa, kamu tidak suka orang yang mengambil sikap sambil lewa. Namun, kamu sering mengabaikan kesihatan dan selalu sakit. Segeralah berubah untuk lebih mencintai tubuh kamu. Jangan takut untuk melakukan perubahan kerana ia untuk masa depan kamu juga.Kamu juga seorang yang degil dan akibatnya kamu tidak suka mendengar pendapat orang lain. Apa yang kamu tahu hanyalah diri kamu sahaja. Selain daripada seorang yang mementingkan kesihatan, kamu seorang yang adil dan tidak suka berpihak pada sesiapa. Kamu boleh menjadi orang tengah yang baik.

jenis darah B

Kamu dahagakan penghargaan. Bagi kamu, orang perlu tahu apa yang kamu lakukan. seorang yang suka mencari perhatian, kamu kadang kala kelihatan terdesak namun masih boleh dikawal. Kamu seorang yang trendy dan suka bersosial. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu juga seorang yang happy go lucky dan suka berkawan. Kamu juga seorang yang terkenal dan menjadi perhatian dalam kalangan teman-teman. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri. Kadangkala, kamu agak ego namun kerana kamu sangat mempesona, teman tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi kamu adalah individu yang boros!!. Nafsu berbelanja kamu sangat melampau. Boleh jadi kerana berbelanja, kamu tiada simpanan untuk masa depan langsung. Cuba kawal perbelanjaan kamu dan kawal sedikit sikap peramah kamu itu. Mungkin ada orang lain yang tidak senang dengan dikap ringan mulut kamu itu.


jenis darah AB

Kamu seorang yang cerdas. Kamu bijak membuat keputusan dan seorang yang relevan. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu gunakan untuk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti-aktiviti baharu. Pada kamu masa itu emas dan tidak wajar disia-siakan. Kamu seorang yang menghargai diri dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Sifat cool adalah milik kamu. Jarang sekali untuk melihat kamu panas baran. Kamu lebih suka berdiam diri dan memendam rasa jika ada apa-apa yang berlaku.. Dari segi percintaan, ramai yang meminati kamu tetapi takut untuk mendekati kamu. Kamu ada masalah badan berbau? Oh, cepat -cepat atasinya . Jangan sangka kamu terlalu berani kerana kamu seorang yang penakut sebenarnya. Jangan terkejut kerana kamu seorang yang kuat cemburu! Aduh, kesian pada pasangan kamu kerana perlu memberitahu segala pergerakannya terlebih dahulu pada kamu. Sikap sayang yang terlalu menebal pada pasangan sangat dipuji tetapi kurangkan cemburu itu sikit ya!

jenis darah O (my blood type :)  haha)

Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadang kala kamu terlalu pemurah. Jangan sampai ada yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan kamu itu. Kamu seorang yang tidak kisah dengan keadaan sekeliling. Pendek kata, kamu seorang yang tak up to date. Begitu juga dengan penampilan kamu. Kamu kurang gemar untuk bergaya. Tidak mahu mengikut arus semasa, kamu agak konservatif. Pemikiran kamu juga agak kolot dan kamu bukan seorang yang terbuka. Namun, kamu seorang yang cergas berfikir. Ada sahaja idea bernas yang lahir daripada fikiran kamu. Dari sudut cinta, kamu seorang yang cukup menawan. Ramai yang tertarik dengan kamu kerana daya penarik diri kamu, Kamu juga seorang yang panas baran dan pantang dicabar. Bukanlah seorang yang penakut, kamu terkenal dengan sikap berani. Nampak sahaja lembut kan. Hah, jangan main-main dengan kamu ya!.OOpps, kamu juga nampak sombong kadang kala, biasakan diri dengan senyuman kerana kamu pasti kelihatan ceria dengannya.

the article is taken from  REMAJA magazine, 15 DEC 2010...

so what is your blood type ??hehe :P

what do u think??? :)




thx for reading ya :)




2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...